Rabu, 28 November 2012
TRAGEDI BERDOA DI MALAYSIA
Bicara Gades: Hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar dibuka pintu hati UMAT ISLAM DI MALAYSIA UNTUK BERSATU PADU DAN BERMUAFAKAT~ Amin...
UMNO Berdoa PAS tidak sesat?! #PAU2012
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada Nabi dan Rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam PAS, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.
Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.
Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.
Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.
Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.
Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.
Inilah sepatutnya yang didoakan untuk sesama Muslim, membuang yang keruh mengambil yang jernih, merapat-rapatkan yang jauh, mengeratkan yang dekat. Bukankah PAS dan UMNO itu satu rumpun satu bangsa satu agama, atau barangkali PAS itu sudah terpesong dari ajaran asalnya. Jika demikian marilah kita beramai-ramai membaca doa ini, agar dibuka hati pemimpin, penyokong dan ahli PAS untuk kembali ke jalan yang asal. Tidaklah perlu menggunakan justifikasi mengatakan UMNO itu murtad maka layak didoakan kehancurannya. Jangalah sehingga kita melabel Muslim lain murtad hanya kerana fahaman politik dan ideologi politik yang berbeza. Ingatlah saudara muslimin dan muslimat sekalian, parti itu letakknya dibawah Agama, bukan sebaliknya.
Sekian dari MyMassa
Sumber: mymassa.blogspot.com