Isnin, 25 Jun 2012

Siri 2: Dialog Rasulullah s.a.w dengan Iblis

Pertanyaan Nabi (3) :

“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?

Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.

Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.

Pertanyaan Nabi (4) :

Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”

Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”.


Pertanyaan Nabi (5) :

“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, apa yang terjadi padamu?”


Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.

Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.

Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”. 

Scorpene: Tiada Rakyat Malaysia di Sapina – Kedutaan Perancis


SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM. Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina. Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil. Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir. Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.

Sumber : http://syburi-times.blogspot.com

PERSEPSI : Jambatan Kedua Pulau Pinang Projek Barisan Nasional Bukannya DAP !!

 
 Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.



Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi

HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.



Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.


 
Kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas,"


 
 
Sumber : Rezqeen Hill

Siri 1: Dialog Rasulullah s.a.w dengan Iblis


Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.

Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.


Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.





Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”.

Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”.

Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi (1) :

“Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?”


Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.

Kemudian Nabi pun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu.

Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.

Pertanyaan Nabi (2) :

“Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”


Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.


Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka sedar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.

Guan Eng perlu ingat sejarah, kata Umno Pulau Pinang

KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya jangan sombong dan angkuh kerana sejarah telah membuktikan DAP pernah mengalami kekalahan dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata kekalahan parti DAP terbukti apabila mereka hanya memenangi satu kerusi pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.

"Beliau (Lim) jangan besar kepala sangat dengan tsunami politik pada 2008 iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) di negeri ini kerana sejarah pernah merekodkan mereka (DAP) pernah menang satu sahaja kerusi pada 1990 selepas menang lebih 15 kerusi pada pilihan raya sebelum itu.

"Lim juga usahlah mendabik dada untuk menjadikan kerusi BN kosong kerana BN mempunyai kekuatan tersendiri dan kita akan mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini hari ini.

Sementara itu Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata Ketua Bahagian Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengemukakan nama-nama calon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi calon di Penaga.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih calon yang berwibawa bagi memenangi kawasan itu tetapi senarai nama yang dihantar itu adalah winnable candidate.

"Saya sudah lalui pilihan raya umum lima kali dan calon Pas tidak pernah menang di Penaga dan saya yakin BN mampu pertahankannya," katanya.

Azhar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahan kerusi Penaga yang dipegangnya sejak 22 tahun lepas.

Beliau menjelaskan tempoh untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat sudah sampai ke penghujung dan sudah tiba masa tempatnya diganti oleh pelapis muda yang layak berbakti untuk rakyat.- Bernama

Umno Pulau Pinang mahu khatib doa guling Pusat disiasat

24 Jun 2012


BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.

Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid.

"Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

Rosnah sangkal dakwaan kerajaan BN zalim




PAPAR - Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim terhadap rakyat sebagai fitnah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak menyokong kerajaan BN.

Beliau berkata sebaliknya rakyat kini menikmati pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan hasil proses transformasi dan juga penambahbaikan yang dilakukan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Bantuan seperti BR1M, K1M, KR1M, KARISMA, Menu 1Malaysia, PRIMA dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita dalam usaha menangani masalah belanja sara hidup rakyat Malaysia.

"Adakah ini dikatakan kerajaan yang zalim setelah pihak kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan demi membantu meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup pada zaman sekarang?," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program 3S Mukim Biau, dekat sini hari ini.

Selain itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman membuktikan kerajaan BN bertindak adil dan saksama.

"Kerajaan mendengar rintihan suara semua rakyat tidak kira dari pihak pembangkang sekalipun. Apa yang penting bagi kerajaan sebagai pemimpin kerajaan BN ialah setiap rintihan suara rakyat akan diperhalusi demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara kita," katanya.

Beliau yakin rakyat bijak memilih pemimpin atau kerajaan yang akan menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memastikan masa depan rakyat yang lebih cerah. - Bernama