Sabtu, 21 April 2012

Terjemahan Akhbar Cina : Masyarakat Cina Marah Bila Anwar Ibrahim Nak Hapus #PTPTN ?

Berikut adalah terjemahan akhbar Sin Chew Daily m/s 36 pada 14 April 2012.



Mansuhkan PTPTN? Apa solusi penggantinya?
Hou Yah Lun


Pakatan Rakyat mahu mansuhkan PTPTN, supaya rakyat dapat secara percuma menerima pendidikan pengajian tinggi?

Pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim timbulkan isu ini, dan berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat akan mansuhkan skim PTPTN, dan kos pendidikan pengajian tinggi itu dicadang akan ditanggung oleh Petronas, supaya golongan muda mudi semua kaum dapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti secara percuma.

Pengajian tinggi adalah pendidikan yang menelan kos yang tinggi, siapa yang tidak mahu jika ia dapat secara percuma? Cadangan seperti ini memang baik tetapi bagaimana ia boleh direalisasikan?

Sejak PTPTN ditubuhkan dan dilaksanakan, ramai pelajar kerana dapat bantuan dari PTPTN dapat tamatkan pendidikan tinggi mereka, mungkin ada sesetengah orang tidak setuju dengan dua perkataan “mendapat manfaat” ini diterjemah kepada biasiswa pelajar, tetapi kita tidak boleh menafikan, ramai muda mudi golongan miskin, kerana dalam keadaan tidak mampu masuk IPTA, kerana mereka melalui skim ini dapat tamatkan pengajian tinggi mereka.

Kekosongan tempat duduk di IPTA memang terhad, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat masuk ke IPTA. Walaupun keadaan sekarang agak berbeza dengan keadaan yang lampau, ramai pelajar yang cemerlang lepaskan peluang mereka masuk ke IPTA dan mereka ambil keputusan belajar di IPTS.

Mereka memilih IPTS yang bayaran yuran yang agak tinggi, pada khidmat mereka yang penting mereka dapat memilih bidang apa yang mereka minati, dan kos yang ditawarkan di IPTS lebih dinamik dan sesuai dengan keperluan di pasaran pekerjaan, dan biasanya IPTS ada gabungan twin program dengan universiti luar negara, pelajar-pelajar ini boleh belajar di dalam negeri dan menduduki kertas peperiksaan universiti luar negara untuk mendapatkan ijazah mereka.

Tidak dinafikan yuran di IPTS memang lebih tinggi dari yuran di IPTA, pada mulanya skim PTPTN ini ditawarkan kepada pelajar di IPTA, kini diperluaskan ke peringkat pelajar di IPTS, ia memang banyak mengurangkan beban ekonomi pelajar-pelajar di IPTS, ia juga telah memberi peluang kepada mereka untuk tamatkan pengajian di IPT.

Ada sesetengah orang tidak setuju selepas mereka tamat pengajian, dan selepas mereka bekerja mereka dipaksa bayar balik pinjaman PTPTN, mereka anggap, pihak kerajaan sepatutnya beri pendidikan secara percuma kepada rakyat, dan bukan selepas pelajar-pelajar itu tamat belajar terus bayar balik “hutang pinjaman”.

Mansuhkan PTPTN dan beri secara percuma belajar di IPT, bukan semudah apa yang diperkatakan. Yang pertama, ini melibatkan kos yang amat tinggi, walaupun pihak kerajaan mampu menanggungnya, yang dapat menikmati kebajikan seperti ini bukan untuk semua golongan muda mudi, sedangkan pendidikan pengajian tinggi itu bukan satu pendidikan wajib ataupun pendidikan paksaan, dan bukan semua orang memilih ke jalan itu dan mereka bukan semua benar-benar sanggup untuk belajar di universiti.

Selain dari itu, calon tempat di IPTA terhad, jika PTPTN dimansuhkan, adakah bermakna pihak kerajaan akan serap kos dan yuran di IPTS juga? Jika Pakatan Rakyat memerintah, benarkan mereka dapat lakukan semua itu? Jika pihak kerajaan tidak dapat menanggung kos dan yuran di IPTS sebaliknya mansuhkan PTPTN, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar miskin melanjutkan pelajaran mereka?

Buat masa ini faedah yang dikenakan oleh PTPTN hanya 1 peratus, bayaran balik dilonggarkan selama 15 tahun, selepas mahasiswa tamat belajar dan mencari pekerjaan, setiap bulan bayar balik pinjaman PTPTN sebanyak 100 higgga 200 ringgit sahaja, sebenarnya ia bukan satu masalah yang rumit. Bukankah ini sebagai satu tanggungjawab mereka kepada masyarakat itu sendiri?

Anwar Ibrahim pernah menjadi menteri pelajaran Malaysia dan pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia, jika sejak zaman beliau memegang jawatan dulu beliau telah tukar sistem seperti ini untuk memberi pulangan kepada rakyat, bukankah itu satu perkara yagn baik. Berkaitan isu mansuhkan skim PTPTN mencadangkan mahu memberi pendidikan di IPT secara percuma, diharap beliau dapat beri penjelasan langkah-langkah selanjutnya dengan butir-butir yang terperinci, dengan tidak menaikkan cukai tetapi boleh laksanakannya, ataupun naikkan harga cukai di sektor-sektor lain, untuk pembiayaan pendidikan secara percuma di IPT.
 
-AH / DNA

*Wahai mahasiswa Melayu, lihatlah betapa cerdiknya masyarakat Cina. Sepanjang anda berdemonstrasi di Dataran Merdeka macam orang bodoh kerana percaya janji Anwar Ibrahim, siapa pemimpin DAP yang datang melawat anda? Kalau tiada bermaksud DAP menolak cadangan untuk mansuhkan PTPTN. Bila DAP tolak, dah pasti ianya takkan dilaksanakan seperti mana DAP menolak untuk HUDUD dilaksanakan. Faham tak?

Terjemahan Akhbar Cina : Kaum Cina Tanya Anwar Mana Dapat Duit Hapus #PTPTN ?

Berikut adalah terjemahan akhbar China Press m/s C5 pada 12 April 2012.


Bajet alternatif sila kemukakan tafsiran bajet
Goh Chee Chong


PRU semakin hari semakin hampir, Pakatan Rakyat mulalah keluarkan cek-cek kepada rakyat, buat sementara waktu ini tidak kira sama ada cek-cek itu nanti cek tendang ataupun bukan, sebaliknya cek itu semakin hari semakin besar angkanya. Sebelum ini berjanji mahu mansuhkan bayaran Tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak 1000 ringgit, turunkan harga minyak petrol dan sebagainya, sekarang pula mahu hapuskan wang pinjaman pengajian tinggi PTPTN, menunjukkan sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati, sungguh menggembirakan semua orang.

Sebaliknya penulis mahu kembali kepada keadaan sebenar dan realistiknya: Pakatan Rakyat keluarkan cek yang begitu melambung tinggi nilainya, berapa banyak kah duit yang akan dibelanjakan? Dari mana datangnya duit-duit itu pula?

Sebelum ini cek Buku Jingga Pakatan Rakyat, secara kasarnya dalam bajet mereka mereka akan belanjakan 250 billion ringgit setahun, ia bermakna sama dengan pendapatan setahun negara, ia boleh menyebabkan dalam masa 2 tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. Hari ini Pakatan Rakyat mahu mansuhkan wang pinjaman PTPTN sebanyak 43 billion ringgit itu, kami mahu bertanya adakah jika kerajaan BN jatuh dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, negara kita akan punyai wang yang banyak sehingga tidak putus-putus boleh digunakan itu, akan dibazirkan semua oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah itu nanti?

Secara lurus saya ingin berkata, Pakatan Rakyat sering keluarkan cek-cek kosong, itu semuanya tidak membawa sebarang makna. Kerana tiada orang yang begitu bodoh untuk mempercayainya, jika benar Pakatan Rakyat mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realistiknya dan logik akalnya. Mungkin mereka sangat ghairah keluarkan cek-cek janji mereka, jika kita duduk dan fikir baik-baik “dari mana untuk mendapatkan duit-duit” itu, bermakna kita akan rasa curiga kemampuan Pakatan Rakyat untuk kotakan janji-janji mereka itu.

Kata-kata “jika tidak beri Pakatan Rakyat mencubanya, mana awak tahu Pakatan Rakyat tidak mampu?” kami percaya inilah jawapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Jika mahu beri Pakatan Rakyat mencubanya, ia memang bukan satu halangan, tetapi bukan untuk Pakatan Rakyat mencuba memerintah kerajaan negara ini. Sebelum ini, kita telah beri Paktan Rakyat jadi menteri kewangan, melakar sebuah bajet kewangan alternatif negara, segala cek kosong dalam Buku Jingga, semuanya dijadikan dan dibentuk di dalam bajet kewangan tersebut, dan telah menunjukkan dari mana hasil yang diperolehi oleh negara, adakah ia dapat imbangi cek-cek yang telah dikeluarkan itu.

Bagi Pakatan Rakyat jika mahu laksanakan perkara itu, sepatutnya tiada sebarang halangan. Kerana pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menjadi menteri kewangan Malaysia selama 7 tahun, dan pakar hebat ekonomi Pakatan Rakyat Tony Pua Kiam Wee berada di sisi beliau, bajet kewangan sekecil ini sudah tentu tidak dapat menyusahkan Pakatan Rakyat.

Tetapi bagi rakyat pula, mendengar ahli-ahli politik bercakap sesedap mulut buka cek-cek kosong ini, kenapa tidak duduk bersama tunjukkan dan bentangkan bajet-bajet projek dan rancangan itu, bukankah ia lebih praktikal dan nyata.

-AH/DNA

*Kalau kaum Cina nak tau, inilah jawapannya.


Sumber mymassa.blogspot.com

Video Melayu Makan Babi di Penang

Apa nak jadi dengan Melayu Pulau Pinang yang terpengaruh dengan konsep pluralisme. Sampaikan tanpa segan silu mengaku minum arak dan makan babi.

 
 
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewujudkan Speaker's Corner kononnya atas nama KEBEBASAN BERSUARA. Tapi, inilah akibatnya kebebasan bersuara yang diamalkan.

Dan dengan kebebasan bersuara inilah digunakan oleh orang tua mabuk dalam video menyebarkan ajaran salah dengan menggunakan Al Quran.

Syukur ada golongan orang Melayu yang boleh membidas kenyataan orang tua tersebut. Kalau tak, mungkin ada yang percaya ajaran tersebut dan wujud pula ajaran sesat seperti Ayah Pin.
 
 
Bicara Gades: Bila terlalu bebas sangat pun, merosakkan minda dan masyarakat  juga... Tak guna apabila yang bersuara itu bebal dan bodoh, tidak tahu lagi mana yang benar dan salah.... cakap ikut sedap mulut je tanpa memperdulikan perasaan dan keadaan... MALUNYA GELAGAT MELAYU SEKARANG!!!! Kaum lain bersorak gembira mempersenda dan mengetawakan kebodohan MELAYU!!!