Rabu, 4 April 2012

Jual tapak masjid : Pembohongan pencacai DAP & Guan Eng terjawab ...


Ini wajah seorang anjing peliharaan DAP yang tiba-tiba menyalak salahkan UMNO dan pertahankan tuannya iaitu Guan Eng dalam isu jual tapak masjid . Lihat di bawah ini kenyataan Rahmad yang cuba memutar belitkan fakta sebenar demi memastikan tuannya tak susah hati di Tingkat 28 Komtar.

Rahmad berkata, langkah Shaik Hussein (kanan) menjadikan isu "tiada kuasa" untuk mengelak perdebatan dengan beliau dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) menyerlahkan sikap tidak profesional ketua pemuda itu sahaja.

"Beliau (Shaik Hussein) seorang jurutera, sepatutnya tahu bahawa kelulusan pelan perancangan pada 30 Jun 2006 itu bukanlah bermakna pembangunan boleh dijalankan, tapi sebaliknya hanya pelan perancangan yang dirancang.

"Adakah pelan pecah sempadan diluluskan oleh kerajaan negeri (era Umno Barisan Nasional) ditandatangani?

"Sebab itu, sehingga saat ini, KMPP sanggup mengatakan bahawa Umno lah yang melenyapkan tanah tersebut," beliau menambah.


Mengapa Guan Eng tak nak jawab isu ini dan serahkan DAP Melayu seperti KMPP ? Kerana Guan Eng tahu pelan asal pembangunan di Bayan Mutiara dibuat PDC terdapat syarat bahawa tapak khas untuk masjid dan sekolah ada. Bila Pemuda UMNO dedahkan isu ini , maka meroyan la mereka rahsia skandal ini diketahui.

KMPP cakap Shaik bohong dan persoalkan mengapa pemimpin Umno dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang era lepas sepatutnya awal-awal lagi memecahkan lot tanah itu sejurus fasa 1 projek tersebut diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 2006. Malah juak-juak Pakatan lega gila punya kononnya pendedahan anjing DAP ini seperti kunci mati untuk pendedahan oleh Pemuda UMNO ini .

Ini lah kebodohan KMPP serta Amir Ghazali yang tak tahu apa pasal projek ini dan terus datang serbu . Yang kena bohong pun percaya la cakap anjing DAP ini .

Adakah KMPP tahu tanah itu tidak mempunyai nombor lot disebabkan ia adalah tanah tebus guna ?

Dalam syarat yang ditetapkan dalam pelan kebenaran merancang tersebut tapak sekolah dan tapak masjid perlu diserahkan dengan pelan pecah sempadan dan milikan kosong sebelum memulakan kerja dan diluluskan pihak berkuasa negeri sebelum sijil kelayakan menduduki dikeluarkan.

Namun begitu,oleh kerana tapak tersebut terletak diatas tanah yang ditebusguna, pihak PDC tidak dapat memperolehi Suratan Hakmilik Sementara yakni no.lot dan no. hakmilik daripada pendaftar hakmilik negeri pulau pinang yang pada ketika itu masih di bawah pegangan pihak kerajaan negeri dan pemajunya adalah anak syarikat PDC sendiri iaitu PDC Properties SB.

Tindakan Rahmad Isahak anjing DAP persoalkan kenapa selama setahun lima bulan Umno tidak mengazetkan tanah sebenarnya cuba memutarbelitkan fakta sebenar isu penjualan tapak masjid ini .