Isnin, 12 Mac 2012

ZAHRAIN : ANWAR MENGAMBIL ALIH PAS?



Ahli Bebas Parlimen,Datuk Seri Zahrain Hashim berkata kekalutan yang berlaku di Kedah antara dua pihak iaitu Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan Pesuruhjaya Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Dr Phahrolrazi Zawawi adalah suatu tanda yang menunjukkan Anwar telah mengambil alih PAS.

Terdapat 2 kunci strategi yang diisusun oleh Anwar iaitu melemahkan UMNO dan melebarkan pengaruhnya terhadap parti PAS. Boleh dikatakan beliau ingin melakukan 2 perkara pada satu masa seperti pepatah berbahasa Inggeris, "Kill two birds with one stone".

PAS masih ingin Malaysia diterajui oleh Anwar Ibrahim walaupun sudah jelas beliau adalah meruapakn satu ancaman besar kepada agama Islam. Ini dapat dibuktikan ketika beliau memperjuangkan hak asasi manusia yang tidak berlandaskan hukum syariah dan pemikiran yang rasional. Beliau memperjuangkan hak LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual) yang mengamalkan seks hubungan sejenis.



Hubungan sebegitu sudah dibuktikan tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada pengamal mahupun masyarakat di sekelilingnya. Tambahan pula, beliau sanggup ingin meminda akta yang berkaitan dengan LGBT ini. Akta tersebut adalah Akta 377B yang mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.


Manakala Akta 377C yang merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

PAS masih tidak nampakkah bukti yang sudah tertera jelas di depannya? Baru-baru ini pula, Anwar Ibrahim membuat kenyataan menyokong penuh dalam usaha untuk menjaga keselamatan negara ISRAEL.

Sudah jelas beliau menjalankan usaha dari kata telunjuk pihak Yahudi bagi memerintah Malaysia dan menolak agama Islam secara menyeluruh dan secara global. Ditambah pula dengan perstiwa beliau ingin membuat pinjaman dari Bank Dunia semasa di bawah pentadbiran Tun Mahathir.


Perjuangan PAS sudah bercanggah dengan perjuangannya yang sebenar pada masa dulu yang ingin memperjuangkan agama Islam dan umatnya, akan tetapi, perjuangan PAS pada masa kini lebih agresif dalam menawan Putrajaya.

Perjuangan PAS tidak kurang sama dengan perjuangan Democratic Action Party (DAP) yang menjadikan fahaman komunis sebagai platform mereka untuk mentadbir negara ini sekaligus akan menghapuskan kesemua hak umat Islam dan Melayu di negara ini.

DAP yang asalnya daripada parti Singapura iaitu parti People's Action Party (PAP) akan berusaha penuh untuk mendapatkan kuasa memerintah negara ini.

DAP pernah menunujukkan taringnya kepada orang Melayu dan Bumiputera, di mana Lim Guan Eng, menegaskan yang parti DAP ingin menghapuskan HAK MELAYU sama sekali dan ingin menolak pertubuhan negara Islam di negara ini.



Apakah ini akan terjadi jika mereka berjaya mendapat kuasa pentadbiran Malaysia ini? Yang penting, usaha-usaha yang berbaur ingin menjatuhkan orang Melayu sudah kelihatan di setiap pergerakan mereka.

Sama-samalah kita pastikan itu tidak terjadi bagi menjamin hak bangsa kita sendiri dari parti yang dianggap cauvinis ini.