Ahad, 11 Mac 2012

SHAHRIZAT UMUM BERUNDUR!!!!



KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

“Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri,” kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.
Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

“Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan,” kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

“Pelbagai khabar angin… kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian,” katanya.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar “jangan sayang kepada jawatan.”

Sumber : SINAR HARIAN

Bicara Gades: Xpe Kak Jat.. Rehat dulu... Satu langkah yang berani dan wajar diambil...

PANAS !!! Reaksi Ust Azhar Idrus Apabila Ditanya Hukum Doa Hancurkan UMNO dan BN





Kalau menurut pandangan UAI ini,orang2 yang menentang Islam ini adakah UMNO dan BN?? Ataupun bendera PKR dan DAP dibawah itu!!Sgt tak jelas jawapannya dan adalah tidak wajar mengatakan UMNO dan BN menentang Islam padahal entiti inilah yg banyak memartabatkan islam di Malaysia.PAS yang dilihat lebih menggadaikan perjuangan islamnya sendiri apabila satu demi satu idea-idea mereka ditong sampahkan oleh kepimpinan mereka sendiri seperti isu negara islam dan hudud yang akhirnya hilang dari dasar mereka kerana lebih tunduk kepada Kitab JinGAY daripada Kitab Al Quran.Jadi untuk alihkan pandangan rakyat,PAS kata UMNO yang tolak islam sebab tak mahu laksana hudud sedangkan mereka pun tidak mampu nak laksana hudud di Kelantan,baca disini perbezaan Hudud PAS dan Hudud Sebenar[ Klik Sini ]


Lihat juga komen daripada pembaca,kebanyakan bersetuju bahawa lebih elok didoakan kebaikan dan diberi hidayah daripada mendoakan keburukan kepada seseorang


Mengenai doa keburukan keatas orang lain,Nik Aziz dahulu pernah mendoakan Najib supaya pecah perut kerana kerajaan pusat tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan.Ini jelas menyanggahi fatwa dari UAI sendiri...mendoakan keburukan kepada batang tubuh orang sgt dilarang...apa Nik Aziz tak tahu ke...atau memang hukum ini tidak terpakai kepada ahli PAS?? Sedangkan Nabi S.A.W pernah berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah memberi hidayah kepada dua orang musuh islam pada awal penyebaran Islam di Mekah yang bernama Umar yakni Umar Bin Hisyam(Abu Jahal) dan Umar Al-Khattab.Kedua-dua nama ini sangat masyur dalam sirah Nabawi kerana merupakan pemuka Quraisy yang sangat memusuhi Islam tetapi akhirnya Allah memakbulkan doa Baginda Nabi dengan memberi hidayah kepada Umar Al Khattab apabila berlaku peristiwa beliau terdengar adiknya Fatimah membacakan ayat-ayat suci Al Quran,hati Umar yang sangat keras bagaikan besi itu mampu lembut kerana diberikan hidayah oleh Allah S.W.T.Jadi,adakah Najib ini dikategorikan sebagai musuh islam apabila doa laknat kepadanya diperbolehkan ??Renung-renungkanlah dan ambil pengajaran,janganlah sewenang-wenang menjadikan doa yang merupakan senjata orang mukmin sebagai alat untuk menghancurkan umat islam sendiri sebab musuh-musuh islam diluar sana pasti sedang bergembira apabila umat islam berperangai sebegini.




Bicara Gades:  Astagfirullahalazim.... Mengucap panjang Pok Nik oiii.... Kami pon Islam gak... Kalau macam ni la, kenapa di Kelantan, selama PAS memerintah, x pula dibina Masjid tetapi lebih rakus membina kuil dan wat siam??  jangan ekstremis sampai menutup minda!!

Penyokong PAS Sambut Takbir Dari Seorang Beragama Kristian




Sampai begini sekali PAS mempergunakan Islam dan kalimah Takbir "Allahu Akbar" yang bertujuan membesarkan Allah .Puak-puak PAS rilek je sambut takbir dari apek kristian nie,sedangkan mereka tahu bahawa agama nasrani dan yahudi tidak akan pernah redha dengan islam seperti dalam firman Allah :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka(yang telah terpesong itu)".-[Al Baqarah:120]


PAS anggap ini semua adalah kerana dakwah islam sedangkan mereka itu masih kafir dan hanya mempergunakan kalimah Takbir untuk kepentingan mereka tanpa tahu apa makna sebenar takbir itu yang menjadi kalimah Agung bagi umat islam .PAS dilihat seperti redha sahaja dengan perbuatan itu dan tidak menegur langsung dan boleh pulak sambut...Inilah jadi apabila agama diperdagangkan untuk kepentingan politik ,mencopkan parti sebagai agama ,siapa tak sokong parti itu ibarat masih belum cukup islam lagi..Astagfirullahalazim..


Bicara Gades: Gades pernah ke ceramah anjuran Pakatan Rakyat ni... sedih bila tengok puak-puak DAP memberi salam dan mengucapkan syukur mereka kepada Allah s.w.t dlm ucapan mereka sedangkan mereka langsung tidak beriman dengan ajaran Islam.. Apa geng2 PAS buat?? Ada yg menjawab salam, ada yg gelak.. xde langsung usaha nak memperbetulkan keadaan.. bila ahli DAP sebut takbir, bersahutan juga takbir dari pakcik-pakcik berlebai dan makcik-makcik bertudung labuh ni... SEDIH tgk agama boleh dipermain2kan tanpa rasa bersalah oleh orang2 PAS atas nama POLITIK!!!!!! Mana perjuangan Islam PAS???????!! Terkubur sebab nak sangat kuasa ke????!! Sanggup menjatuhkan dan mendoakan kehancuran orang Islam yang lain tetapi TIDAK sanggup untuk mengajak dan berdakwah membawa kembali orang-orang Islam yang lain ke jalan yang betul?????  Kalau konsep Negara Islam pun sanggup ditukar kepada Negara Berkebajikan, apa lagi yang boleh dikata....

Agenda Jahat DAP Hapuskan Penguasaan Orang Melayu

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.

“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan

Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.


Bicara Gades: Masih tidak faham dengan orang-orang Melayu yang tidak sedar atau buat-buat tidak ambil berat bahawa hak mereka semakin tergugat!!!

PAS Yang Tak Mahu Mengaku Bodoh


Umno-Barisan Nasional(BN) diingatkan supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat hari ini dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir serta mendapatkan maklumat biarpun ia cuba disembunyikan pentadbiran Umno-BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya dipetik Harakahdaily.

Justeri itu, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman kebangkitan rakyat dan menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Katanya, ia termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu oleh Felda selama bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. 


Komentar KerisPusaka:


KP sebenarnya dah naik jelak dah dengan skrip yang sama sahaja yang asyik dimainkan oleh pemimpin pembangkang nie terutamanya pemimpin PAS.Mereka ini makin hari makin hebat diperkudakan oleh rakan sehidup semati mereka iaitu DAP dan PKR itupun mereka masih bebal dan terus biarkan diri dicucuk hidung untuk tunduk atas segala arahan sehingga membuatkan mereka sendiri menjadi bodoh dan tidak berdaya membuat keputusan sendiri dan masih terikut-ikut rentak Big Momma mereka DAP dan PKR.
Kini, disalahkan pula kerajaan kerana memperbodohkan rakyat dengan media arus perdana yang dikuasai kerajaan.Siapa yang memperbodohkan rakyat sebenarnya??


Fakta:
  • PAS memperbodohkan rakyat dengan mengajak turun ke BERSHIT 2.0 sampai meragut nyawa seorang peserta perhimpunan haram itu !!!Siapa yang perbodohkan rakyat???
  • PAS memperbodoh rakyat terutamanya Umat Islam dengan menjanjikan syurga buat pengundi yang mengundi PAS!!!Siapa yang perbodohkan rakyat???
  • PAS memperbodoh dan menipu rakyat dengan menukar Dasar Negara Islam menjadi negara kebajikan pada Muktamar lepas!!!Siapa yang perbodohkan dan menipu rakyat???
  • PAS memperbodoh rakyat dengan isu video Seks Anwar Ibrahim dan Chinadoll yang dikatakannnya "BESI" dan tak boleh jadi saksi!!!Siapa yang perbodohkan rakyat??
  • PAS memperbodoh rakyat mengenai Isu Ladang Rakyat di Kelantan!!Siapa yang perbodohkan rakyat???


Lu Pikir La Sendiri.....

Anwar Digesakan Hentikan Guna Nama Ulama Untuk Bersihkan Dirinya

KUALA LUMPUR 5 Mac – Umat Islam seharusnya menggunakan kemuliaan serta kebijaksaaan dan kewibawaan ulama untuk meningkatkan kemajuan agama dan umatnya ke arah yang lebih baik dan bukannya menggunakan golongan ilmuwan Islam itu untuk mana-mana kepentingan.

Nasihat ini disarankan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Yusof Hussein yang kecewa melihat sikap sesetengah pihak dan individu tertentu yang menggunakan ulama termasuklah ulama luar demi kepentingan mereka.

Menurut beliau mana-mana ulama termasuklah ulama tersohor dunia, Prof. Dr. Yusof Qaradawi akan memberikan penjelasan berdasarkan apa yang diutarakan kepada beliau dan atas dasar itu, tidak seharusnya para ulama dijadikan benteng kepada mana-mana pihak.

“Kepada mana-mana pihak hentikanlah perkara ini termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti diperkatakan umum sering menggunapakai ulama untuk membersihkan dirinya daripada pelbagai dakwaaan.

“Perkara itu tidak seharusnya berlaku dan ulama perlu disanjung sebagai mereka yang adil dan tidak seharusnya diheret baik sebagai “hakim” atau sebagai “peguambela” atau sebagai “pendakwaraya”.

“Kita seharusnya mengiktiraf mereka dengan sebaik mungkin dan mengambil peranan mereka secara lebih menyeluruh agar Islam dan umatnya serta negara akan terus meningkat maju selaras dengan kehendak Islam,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sesetangah pihak yang menjadikan ulama khususnya ulama luar negara untuk kepentingan masing-masing terutama sebagai alat propaganda politik.

Dr Yusof seterusnya menambah umat Islam perlu sedar bahaya perkara berkenaan kerana ianya dikhuatiri bakal mencetuskan pelbagai pendapat di kalangan umat Islam itu sendiri dan perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Katanya lagi nasihat yang baik daripada ulama perlu diambil kesempatan oleh umat Islam agar apa yang diutarakan itu memberi manfaat kepada semua.

“Namun perlu diingat… umpamanya kita tipu orang ramai kemudiannya kita pula tipu ulama.. Ada juga yang semacam itu.

“Ingatlah…Nasihat ulama kita ambil untuk majukan Islam dan umatnya serta negara dan bukannya untuk manipulasi memperbetulkan sesiapa,” katanya. -MediaUMNO

PAKATAN RAKYAT KE?? KE PAKATAN ANAK BERANAK???


Macam ni la Parti Pakatan sebenarnya kan!!!

Lebih kepada parti untuk anak beranak....

Lepas ni cucu pun akan naik menggantikan yang senior2...

Well, pandai-pandai la rakyat menilai yer..

PANAS : LIM GUAN ENG MESTI MARAH BILA BACA KENYATAAN INI.....


Tiga tahun memerintah Pulau Pinang, DAP bukan saja gagal menunaikan manifesto lampu Aladin pilihanraya umum Mac 2008 tetapi lebih sibuk berpolitik dari mentabir negeri itu dengan cekap. Kesimpulan ini tidak memerlukan memerlukan mikroskop ajaib.Cuma buka mata dan nilai sendiri.


Apa lagi buat anak watan Pulau Pinang seperti Datuk Zainal Abidin Osman yang tahu serata ceruk negeri itu. Cuma masalahnya bila Ketua Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang ini bercakap begitu pasti dicop oleh pembangkang ia tembakan politik.


Zainal yang kerap berulang alik naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengaku salah satu kegemarannya ialah melihat negeri keliharannya dari udara bila pesawat nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.


Kalau kita melihat Pulau Pinang dari udara kita dapati negeri ini memang maju dan dipenuhi dengan kilang-kilang bertaraf dunia. Cuma jangan lupa semua kemajuan yang ada adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional dulu.


Beliau tidak nampak langsung adanya pembangunan baru “ Jambatan kedua yang sedang dibina juga kita dapat lihat dari tingkap pesawat.Ia tidak ada kena mengena dengan DAP ...itu projek kerajaan pusat,” katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di pejabatnya di Putrajaya Rabu.


Tolak sebelah sentimen politik.Katanya pergilah ke mana-mana tempat di negeri itu kalau ada nampak sesuatu yang special dibuat oleh kerajaan DAP selama ini. “ Semua orang sudah tahu sejak perintah sampai sekarang satu pun rumah murah mereka tidak bina.


Bagi Zainal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng lebih banyak bermain wayang dari mentadbir negeri itu. DAP ternyata gagal menunaikan janji. Beliau berkata lojiknya takkanlah dalam tempoh tiga tahun mereka memerintah kilang-kilang yang beroperasi di negeri itu dapat dibangunkan.


Semua itu mengambil masa yang relatifnya agak lama dan pemimpin yang bertanggungjawab mencetuskan pembangunan pesat negeri ini ialah mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Datuk Zainal juga menganggap selain dari seorang negarawan yang sukar dicari ganti dalam konteks membangunkan Pulau Pinang, Chong Eu seorang yang kuat bekerja dan mempunyai wawasan tersendiri.


Chong Eu katanya sanggup berkompromi dengan mengenepikan prinsip peribadi dan parti (Parti Gerakan) semata-mata kerana mahu melihat Pulau Pinang dan rakyat dari berbagai latarbelakang dan agama hidup menikmati hasil kemajuan.


Dia sedar Pulau Pinang tidak mungkin boleh maju seperti hari ini jika Gerakan kekal sebagai pembangkang di sana. Kerana faktor inilah Gerakan bersetuju untuk bergabung dengan lain-lain parti membentuk Barisan Nasional dan memerintah negeri ini secara bersana-sama.


Ketika ditanya, Datuk Zainal berkata Pulau Pinang bernasib baik kerana usaha Chong Eu diambil alih dan diteruskan oleh penggantinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan hasilnya Pulau Pinang di zaman Barisan Nasional menerajuinya kekal maju dan menjadi negeri contoh.


Beliau hairan ada orang yang ‘gelap mata’ khususnya yang taksub menyokong pembangkang boleh mendakwa Pulau Pinang seperti yang ada hari ini adalah berkat lampu Aladin DAP. Menurut Zainal DAP hanya ‘ cuci kaki’ masuk bawa beg kosong ke sebuah negeri yang sudah pesat maju ketika mereka menang dalam PRU 12.


Nak buat macam mana Guan Eng popular dikalangan orang-orang Cina walaupun dia banyak buat salah,”katanya. Beliau menilai kerajaan DAP Pulau Pinang masih bermentaliti pembangkang sekalipun mereka memerintah.Sebab itu masa lebih banyak terbuang berpolitik dari membangunan negeri.


Agak lucu DAP setelah tiga tahun memerintah Pulau Pinang, mereka bersikap sama seperti dulu, asyik membangkang saja. Mereka terlupa sebagai kerajaan, tugas mereka membantu orang ramai dan membangunkan negeri.


Lihat kes Kampung buah pala, janji lain dan perbuatan lain,yang menjadi mangsa akhirnya ialah penduduk yang pernah memilih mereka dulu,”katanya. Beliau juga ‘ kesian’ melihat cara kerajaan DAP perlakukan PAS yang rakan sebantal mereka dalam pakatan rakyat.




Apa yang menyedihkan ialah PAS turut terlibat, setidak-tidaknya membantu membawa kemenangan kepada kerajaan PR di negeri tetapi ia gagal mendapat sebarang jawatan penting. Calon mereka dijanjikan oleh tokoh utama PKR jawatan yang dipertua majlis ugama lslam negeri, namun ini tidak berlaku.


Jawatan EXCO pun PAS tak dapat. Lihatlah cara DAP layan PAS, itupun mereka tetap menyokong membukta tuli.Gunalah fikiran, gunalah kewarasan. Jangan kerana politik, mereka sanggup gadaikan prinsip dan juga agama. Lebih teruk lagi PAS seperti bersetuju dengan label Khalifah Umar Abdul Aziz pada Guan Eng. Fikirlah, betul ke dia macam khalifah lslam itu, janganlah main politik lebih-lebih, jangan tipu rakyat.


Seperti mesejnya ditujukan kepada PAS, Zainal mendedahkan beliau merasa hina ,sedih dan sangat kecewa kerana ada kejadian pemberian peruntukan untuk rakyat miskin dibuat ditokong dan orang lslam turut beratur untuk menerimanya. Sampai saya kata, tak payah pergi ambil dimasa hadapan, datang jumpa saya dan saya akan ikhtiar untuk mencari dana bagi membantu orang-orang miskin ini.


Menjawab satu soalan, Datuk Zainal berkata perubahan mood rakyat di negeri ini terutama pengundi-pengundi Cina adalah kerana dasar, ketelusan serta wawasan dan perlaksanaan transformasi politik dan ekonomi yang dibuat Perdana Menteri. Rakyat di negeri ini melihat kesungguhan Najib dalam usaha pembangunan dan dasar-dasarnya untuk semua. Dan konsep 1 Malaysia terbukti diterima dan sangat releven serta disenangi oleh semua orang.


Saya setuju Datuk Seri Najib adalah satu faktor perubahan mood rakyat . . .mereka (pengundi Cina) mulai memberikan sokongan kepada kita terutama usahawan Cina yang dapat melihat prestasi ekonomi kita dibawah kepemimpinan Najib sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AgendaDaily